Rabu, 12 November 2008

Mana Yang 'TERBAIK'...!??

Dewasa ini, yang sering kedengaran adalah masalah-masalah yang semakin meruncing yang melibatkan pelajar-pelajar dan para pendidik di sekolah. Yang jelas ketara, adalah masalah yang melibatkan masalah disiplin dan salahlaku pelajar kita, hari demi hari seakan-akan tidak terkawal. Rungutan dari pentadbir disiplin di sekolah mengatakan seolah-olah AJK Disiplin sekolah sudah kehilangan ‘taring’ sehinggakan pelajar kelihatan lebih mendominasi dalam mempengaruhi keputusan-keputusan yang akan dibuat oleh pihak pentadbir sekolah, khususnya yang melibatkan salahlaku pelajar.
Cuba kita ‘fikir’kan bersama, dengan dasar-dasar baru yang telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan sedikit sebanyak amat mempengaruhi perkembangan ‘modal insan’ yang ingin dibentuk di sekolah-sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah. Jika dilihat dari skop pendidikan menengah, perlaksanaan PPSMI dilihat amat 'terkesan' kepada golongan pelajar 'lemah' dan memusnahkan minat mereka dalam menimba ilmu sains dan matematik.(khusus bagi pelajar semua kaum yang terlibat..)
Ketidakupayaan mereka menguasai sesuatu matapelajaran disebabkan masalah penguasaan bahasa ini dan disusuli dengan perasaan ‘tidak minat’ mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris menyebabkan peratusan lulus pelajar samada diperingkat dalaman sekolah dan juga di peringkat kebangsaan menjadi semakin meruncing tahun demi tahun. Masalah sampingan juga semakin banyak timbul di atas 'kecenderungan tidak minat belajar' tapi masih ke sekolah atas alasan mahukan Sijil PMR dan SPM untuk layakkan mereka bekerja di sektor-sektor awam. Hal ini boleh dikesan dengan peningkatan salahlaku pelajar (di dalam dan di luar waktu persekolahan) mencatatkan kekerapan peningkatan dari tahun ke tahun. Masalah ponteng kelas, tidur sewaktu P&P berlangsung menjadi semakin berleluasa, diikuti masalah-masalah yang lebih besar pula seperti ponteng sekolah, merokok, berjudi dan yang paling menakutkan tindakan biadap terhadap guru yang cuba menegur salahlaku mereka, tidak menghormati guru serta tindakan melawan guru semakin terserlah sejak akhir-akhir ini.
Pelajar boleh dikatakan sudah hilang minatnya terhadap pendidikan gara-gara terlalu banyak ‘kelonggaran’ yang telah diberikan oleh ibubapa di rumah (seperti bekerja mencari duit poket sendiri, membantu ayah bekerja sehingga larut malam, memenuhi keinginan dan kehendak anak tanpa batas-batas yang relevan..)
Dimana silapnya..?? Pihak ‘pentadbir’ kah.., guru kah.., pelajar kah.. atau ibubapakah yang bersalah..!? Kalau hendak mencari silap dan kesalahan seseorang, maka akan berlaku kejadian ‘saling tuding-menuding’ telunjuk antara satu sama lain.
Pada pandangan saya, sistem pendidikan kebangsaan perlu diubah kembali mengikut yang sistem yang telah diguna pakai sebelum ini. Rasionalnya, sebagai contoh, sebelum ini(sebelum sistem yangdiguna-pakai hari ini diperkenalkan..), pelajar dari sekolah rendah (tamat darjah 6) dari pelbagai peringkat sekolah rendah (samada SK, SRK atau SJK) akan secara ‘automatik’ ke Tingkatan 1 di mana-mana sekolah menengah (SMK, SMJK, SMA dan lain-lain).
‘FASA PERTAMA’ pendidikan menengah yang bermula dari Tingkatan 1 akan berlangsung sehingga ke Tingkatan 3 sehingga selesai menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Selepas itu peringkat ‘FASA KEDUA’ pendidikan bermula dari Tingkatan 4 sehingga ke Tingkatan 5 dan akan berakhir selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), TETAPI.., hanya pelajar yang ‘lulus’ peperiksaan PMR (lulus Fasa 1..) sahaja dibenarkan melanjutkan pelajaran ke peringkat Fasa 2 di sekolah yang berorientasikan peperiksaan ini.
Dengan pendekatan ini dikembalikan semula ke dalam sistem pendidikan menengah, kita(semua pihak yang terbabit secara langsung) sebelum ini sebenarnya telah pun melihat dan menikmati terlalu banyak ‘kesan positif’ disebabkan perlaksanaan kaedah ini(lepasan pelajar dari sistem ini banyak di tahap 'berkualiti' dan 'berdaya maju') . Dengan cara ini, pelajar yang 'tidak minat' atau 'kurang minat' dalam sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan akan berupaya menentukan hala tuju pendidikan mereka sendiri, dan bukannya dipaksa ‘pergi ke sekolah’ walhal, dihati pelajar ‘tiada ruang dihatiku wahai sekolahku’. Dengan alasan ini juga, kita dapat menapis ‘golongan pelajar’ yang hanya benar-benar layak ke kemasukan ‘Fasa 2’ pendidikan sekolah menengah.
Saya benar-benar amat yakin, masalah disiplin yang menghantui guru ketika ini akan dapat dikurang semula ke 'skala normal' (mungkin berlaku pengurangan secara mendadak kes-kes disiplin dan salahlaku pelajar) sejajar dengan ‘sikap’ dan ‘minat’ pelajar-pelajar yang berjaya melepasi Fasa 1 ini, yang rata-rata semuanya adalah tergolong dalam individu pelajar yang ‘baik’ dan ‘cemerlang’, dan selalunya jarang menimbulkan ‘masalah-masalah disiplin’ yang serius. Ia juga dapat menghalang ‘virus malas belajar’ yang dibawa oleh individu-individu pelajar 'lemah' dan 'malas'ini kepada golongan pelajar 'cemerlang'.
Sekarang ini, walaupun seseorang pelajar itu 'gagal' PMR, tetapi masih boleh ke Tingkatan 4 pada tahun berikutnya. Hal ini telah dilihat sebagai salah satu 'faktor utama' ‘merebak’nya virus malas dan tidak minat belajar ini dengan begitu cepat sekali(kerana atas alasan bahawa mereka yang tidak minat belajar masih boleh meneruskan dengan mudah persekolahan mereka di sekolah berkenaan semata-mata mahukan Sijil SPM..), dan boleh ‘menjangkiti’ golongan yang ‘berminat untuk belajar’. Akhirnya, pelajar cemerlang ini akan 'terjangkit'dan mengganggu dan menjejaskan fokus pelajar ini pada P&P di bilik darjah, menjejaskan keputusan pelajar 'unggul' yang lain, dan keseluruhan sekolah juga akan 'terkesan'(merujuk kepada peratus lulus pelajar dalam peperiksaan terancam dan peratus kekerapan salahlaku pelajar akan meningkat).
Kita harus memikirkan bahawa kita juga dahulu pernah melalui zaman usia remaja, dan tidak dinafikan bahawa ‘pengaruh rakan sebaya’ amat kuat serta amat mudah diikuti dan diserap di kalangan golongan seusia dan sebaya.(sebab itu keberkesanan ‘pengaruh’ ini telah pun diakui sehingga mencadangkan penubuhan Persatuan Rakan Sebaya diwujudkan di semua peringkat sekolah, mahupun sekolah rendah dan menengah dengan bermatlamatkan ke arah menerapkan budaya dan sikap yang positif dan baik di kalangan pelajar).
Dengan mempertimbangkan aspek inilah maka, perlu diwujudkan ‘sekatan-sekatan’ awal bagi menapis golongan pelajar yang bermasalah ini. (supaya hanya pelajar yang benar-benar layak sahaja akan meneruskan pengajian ke peringkat seterusnya di sekolah tersebut).
Bukanlah untuk ‘menggalakkan keciciran' pelajar, tetapi adalah perlu kita memikirkan kepentingan dan masa depan golongan pelajar-pelajar yang begitu amat berpotensi ini(umumnya dalam kamus pendidikan, semua pelajar diistilahkan mempunyai ‘potensi’ untuk berjaya dan cemerlang..) iaitu dengan mengambil kira keselesaan mereka mengikuti P&P di bilik darjah tanpa sebarang 'gangguan'. Oleh yang demikian, bagi membendung masalah keciciran yang mungkin ‘terkesan' akibat perlaksanaan sistem yang dicadangkan di atas tadi, adalah menjadi suatu kewajipan bagi pihak yang berwajib memikirkan ‘jalan penyelesaian' yang 'terbaik’, untuk kepentingan masa depan ‘SEMUA’ yang bergelar ‘PELAJAR’.
Kewujudan sekolah-sekolah yang lebih menjurus ke arah pendidikan ‘kemahiran’ perlu diperbanyakkan bagi melahirkan 'individu yang berkemahiran' dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan negara.
Melalui sistem pendidikan kebangsaan suatu ketika dahulu pernah mewujudkan ‘sekolah-sekolah vokasional dan teknik’ (sehingga kini yang tinggal kekal hanyalah sekolah menengah teknik) yang telah memberi ruang kepada golongan pelajar yang tidak berminat di sekolah harian biasa, meneruskan usaha mereka mengorak langkah ke arah peringkat pengajian yang ‘tertinggi’ yang mampu dicapai. Syarat-syarat kemasukan yang rendah sudah semesti 'BOLEH' melayakkan golongan ini memohon memasuki sekolah-sekolah aliran vokasional berbanding sekolah-sekolah teknik yang corak kemasukannya adalah lebih ketat.
Malangnya dengan peningkatan ‘taraf’ semua sekolah-sekolah vokasional ini menjadi sekolah teknik, telah menyekat peluang dan ruang untuk golongan pelajar ‘lemah’ ini ke peringkat pengajian alternatif selain daripada sekolah harian yang membosankan mereka.(kenaikan taraf sekolah vokasional ke teknik menyebabkan syarat-syarat kemasukan tidak mampu dipenuhi oleh golongan pelajar ‘lemah’ ini, walaupun syarat-syarat kemasukan ke sekolah teknik telah direndahkan sedikit..).
Hal ini sebenarnya telah 'meningkatkan' lagi masalah keciciran di kalangan pelajar ‘lemah’. Oleh yang demikian, adalah begitu ‘rasional’ dan amat ‘relevan’ sekali jika sekolah vokasional ini diwujudkan kembali. Walaupun dalam sistem pendidikan kebangsaan, masalah ini ketiadaan sekolah vokasional ini telah cuba diatasi dengan memberikan pelajar 'lemah' ini satu laluan alternatif lain dengan pengwujudan Giat MARA dan IKBN (Institut Kemahiran Negara)sebagai contoh, tetapi ianya tidak 'dipromosikan' dengan baik kepada mereka, dan mengakibatkan populariti institusi ‘sokongan’ ini kurang dan hampir-hampir tidak diketahui langsung peranannya.
Kewujudan sekolah-sekolah bertaraf ‘kolej’ yang rata-ratanya diterajui oleh pihak swasta amnya, walaupun tumbuh seperti ‘cendawan selepas hujan’ dengan alasan ingin memberi ruang kepada golongan pelajar 'lemah' ini meneruskan peringkat pengajian mereka berdasarkan minat masing-masing, sebenarnya dilihat hanya memberi ruang dan tempat kepada ‘pelajar golongan berada’ sahaja. Bagi pelajar yang tidak berkemampuan(pelajar golongan ‘lemah’ ini selalunya dipengaruhi atau dikaitkan dengan latarbelakang ekonomi keluarga yang tidak ‘stabil’..), mereka dilihat seolah-olah cuba dibantu dengan pemberian ‘pinjaman’ yang lebih dilihat lebih ‘menjerut leher’ pelajar ini sahaja(kadar bayaran yuran amat tinggi, faedah pinjaman juga tinggi).
Maka, kesimpulan yang boleh difikirkan bersama di sini, hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak, suatu ketika dahulu, kita telah pun berada dalam keadaan sistem pendidikan yang 'seimbang' dan 'stabil' pada era 70-90an. Perlaksanaan dasar-dasar pendidikan yang baru, yang cuba diterjemahkan sebagai ‘mengikuti perubahan global’ dan berdasarkan keadaan persekitaran semasa sebenar telah dilihat sebagai ‘punca penyebab’ kepada peningkatan ‘masalah disiplin’ dan ‘salahlaku’ yang kian meruncing hari demi hari. Dasar yang dilaksanakan ketika sebenarnya adalah ‘hasil buah fikiran’ cerdik pandai yang sememangnya diiktiraf oleh masyarakat. Oleh yang demikian, perlaksanaan program-program telah dicadangkan oleh 'pihak=pihak berkenaan'(seperti program PPSMI adalah sebenarnya satu program yang baik bagi menyediakan 'modal insan' yang bersedia dengan persaingan 'global' yang semakin mencabar hari demi hari ini...) dalam sistem pendidikan kebangsaan seharusnya turut mempertimbangkan 'faktor-faktor' yang saya telah utarakan di atas ini, supaya 'keberkesanan'nya akan 'jelas' dilihat.
Tidak menjadi suatu kesalahan pun, jika dasar-dasar baru yang ‘tidak berkesan’ dan ‘tidak mengguntung’kan ini ditarik balik, dan menerima pakai semula dasar-dasar 'terbaik' yang telah kita gunakan sebelum ini, jika ianya 'masih relevan'dan ‘terbaik’ bagi semua pihak; bagi pelajar-pelajar sekolah, guru-guru, pentadbir, ibubapa dan masyarakat Malaysia amnya, ke arah malahirkan 'modal insan' yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan. Sekadar pandangan… Sekian…

Ahad, 2 November 2008

View From Resort's Deck Pangkor, Perak

Cuti sekolah nak bermula dah.. Cadang dah nak ke Pulau Pangkor.. Maklumlaaa tak pernah pergi lagi....hahahaa.. Harap duduk kat perak jer lama., Pulau Pangkor pun tak pernah sampai.. Tapi Langkawi dah sampai dah..tu pun sebab pi kursus INDUKSI kat sana (kalau tak jangan haraplaaa...) Tak per Pian..tak perr ..sabor jer laaa...hahahaaa!! So, nie memang dah plan nie nak pi sana...rasa-rasa 11 Dis nie kot...dah spend duit dah nie(sebenarnyer duit takder masalahnyerr..antara 'malas' dgn 'rajin' jer...) Insyaallah.. semoga tiada halangan kali ini...ADIOSSS...!!

Who Am i..!??

Nama sebenar saya ialah Muhamad Sufian B. Mat Wahi. Bekerja sebagai seorang 'pendidik' di SMK Simpang, Taiping, Perak sejak 5 tahun yang lalu. Mendapat pendidikan awal di SRK Jalan Air Panas, Setapak, Kl dari darjah 1-4 sebelum berpindah ke SRK King Edward VII (1), Taiping, Perak (darjah 5-6). Mendapat pendidikan menengah di SMK Darul Ridwan, Taiping dari tingkatan 1-5 (1996), dan seterusnya melanjutkan ke Matrikulasi USM selama 2 tahun di sekolah STAR, Ipoh selama 1 tahun dan 1 tahun lagi di Induk (USM,Penang).
Selepas tamat Matrikulasi, melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Dgn Pendidikan selama 3 tahun (Major: Biologi, Minor: Kimia) sebelum di'posting'kan ke tempat bertugas sekarang.